Friday, August 29, 2014



How The Professionals Manipulate Penny Stocks: Secrets Revealed.

PENNY STOCK.

 

1).  Pelabur2 berpendapat semua saham adalah sama. mereka suka membeli saham 
       bawah 0.50 sen kerana boleh beli dengan kuantiti yang banyak maka untung dan
       rugi pun besar.
 


2).  Saham-saham ini juga dikenali sebagai saham 3rd liner, saham penny, 
       saham berjajaran kecil atau pada FY saham Cap Ayam.

3).  Syarikat saham ini mengalami kerugian besar, sebab itulah 
      harganya murah.  boleh mengakibatkan terus  mendapat status 
      Practice Note 17 atau PN17 atau status G3 yang mana 
      ia akan dinyahsenaraikan atau delisted. Maka dalam hal ini pelaburan 
      modal anda akan menjadi 0!

 4). Saham seperti ini tidak disertai oleh para pelabur jangkamasa panjang
      atau Investor, tidak disertai oleh Institusi Asing mahupun Tempatan. 
      Pembelinya terdiri dari golongan PDT, Day Trader, Trader, 
      Kontra Players, Sindiket Saham dan Newbie. Keuntungan hanya akan 
      dijana kepada Sindiket   dan Trader-Trader yang berpengalaman, yang 
      hilang duit ialah Trader yang tidak berpengalaman juga para Newbie.  
  5).Isyarat satu satu saham itu penny ialah harga murah dan di chartanya
      pergerakannya dari dulu sampai terkini jika terdapat "harga spike" harga 
      naik mencanak dan turun pun menjunam maka  penny stock.

6). Kalau nak masuk juga, pelabur harus tahu TA dan juga siapakah yang ada
     di belakang saham ini. Kalau nak lebih selamat maka Para pelabur bolehlah 
     membeli saham warrant yang lebih murah kekadang sama harga dengan 
     penny stock tapi selamat. Warrant adalah sebahagian dari Mother share.
     contohnya saham Cimb  harga mother RM 7.00 tapi warantnya berharga 
     RM 0.70 tapi pergerakan semuanya mengikut charta mother share.

Kesimpulannya kita kena tahu apa yang kita buat, kita kena tahu apa yang kita laburkan. Tanpa ilmu ia pastinya kan merugikan pihak anda.









 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.